Sunday, 4 December 2011

Ai Wei Wei : Mengkritik Dalam Karya


"Dress With Flowers" - Menyentuh tentang isu perhambaan seks kanak-kanak.
Artis yang dilahirkan di [1957, Beijing] China ini adalah merupakan salah seorang artis yang paling berpengaruh di tanah Besar China. Selain menjadi artis, dia juga adalah merupakan seorang arkitek, pengkritik seni, kurator, blogger dan juga bertindak sebagai aktivis kemanusiaan. Di China, individu-individu yang mengkritik kerajaan lazimnya akan ditangkap untuk disoal-siasat, maka tidak hairanlah jika Ai WeiWei sering ditangkap oleh pihak berkuasa setiap kali dia mempamerkan karyanya.

Karya-karya seni Ai WeiWei banyak menyentuh tentang masalah-masalah sosial dan korupsi-korupsi yang sering berlaku dikalangan pegawai kerajaan di China. Dan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati banyak pihak hingga menyebabkan Ai Weiwei sering ditahan. Kelantangan dan keberanian beliau dalam membahaskan sesuatu isu secara terbuka juga turut menjadi penyebab kenapa beliau menjadi artis yang paling banyak ditahan pihak berkuasa.

Pada tahun 2008, Ai Weiwei telah menghasilkan sebuah karya installasi yang diberi nama Snake Bag di Art Platform Los Angeles. Karya ini telah membuka mata banyak pihak apabila Ai Weiwei secara terbuka menyelar masalah-masalah penyelewengan yang berlaku di China.

Installasi sepanjang 55 kaki panjang ini dihasilkan dengan menggunakan beg sekolah murid-murid yang menjadi mangsa nahas gempa bumi sebuah sekolah di Sichuan,China. Imej ular  tedung adalah metafor kepada korupsi-korupsi yang menjalar dikalangan pegawai-pegawai kerajaan.


Menurut Ai Weiwei, masalah rasuah, korupsi dan penyelewengan antara  penyebab utama kematian murid-murid sekolah tersebut. Ini kerana bangunan tersebut dibina tidak mengikut spesifikasi yang diluluskan kerajaan hingga menyebabkan ianya runtuh ketika gempa bumi tersebut berlaku.Jika bangunan tersebut dibina dengan betul, kemungkinan besar murid-murid ini masih lagi hidup....

"Snake Bag" adalah merupakan luahan ketidakpuasan hati artis dalam mengenengahkan isu rasuah dan korupsi di China.

Walaupun sering dihimpit tekanan [dan pernah dipenjara] dengan pihak berkuasa tempatan, Ai Weiwei masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk menghasilkan karya yang menyentuh tentang masalah sosial. Baginya, ini adalah salah satu cara yang boleh beliau lakukan dalam menyumbang untuk negaranya.  Bagi golongan-golongan artis muda di China, Ai Weiwei adalah merupakan pemangkin kepada mereka untuk menghasilkan karya yang lebih "keras" dalam mengenengahkan sesuatu isu.

"untitled", 2008
"Bamboo with porcelain", 2008
"coca-cola"- mengenengahkan isu budaya yang semakin dilupakan dikalangan generasi muda.
Moon Chest, 2008
Grapes


"Maps Of China" - menyentuh tentang penyatuan diantara China, Tibet dan Taiwan.


"Two Legged Table", 2008

"Tate Modern"- Ai menghasilkan 100 juta benih bunga matahari [saiz dan warna sebenar] dengan menggunakan seramik yang dilukis satu-persatu. Dia membuka kilang kecil di Jingdezhen dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkannya.

Ai menjelaskan yang seramik adalah sebahagian daripada budaya China. Memilih untuk menghasilkan benih ini dengan menggunakan tangan adalah simbolik kepada usaha dan kerja keras rakyat China dalam menunjukkan kekuatan budaya mereka.


Chandelier


"Zodiac Heads"

"Forever Bicycles" menyentuh tentang langkah kerajaan dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial di China.























No comments:

Post a Comment