Sunday, 4 December 2011

Nick Brandt : Menyelamat Afrika melalui lensa kamera



Di eropah, fine art photography dianggap sebagai salah satu cabang seni foto yang paling sukar. Ini kerana ianya memerlukan kreativiti artis untuk melihat sudut yang lebih jauh daripada pandangan audien biasa. Imej yang dirakam tidak hanya gambar semata-mata sebaliknya ia menjadi medium untuk artis menyampaikan mesej.

Nick Brandt adalah merupakan seorang photographer yang asalnya bertugas sebagai photographer dalam pembikinan muzik video artis-artis di eropah terutamanya di England. Namun profesionnya bertukar kepada fotografer hidupan liar selepas terbabit dalam satu pembikinan muzik video di Afrika sekitar tahun 1995.

Ketika disana, dia melihat bagaimana haiwan-haiwan seperti gajah dan buaya diburu, dibunuh dan didagangkan di pasaran gelap.Oleh kerana aktiviti haram ini berlaku dengan skala yang agak besar, pihak berkuasa tempatan menghadapi masalah untuk menyelesaikannya. Maka timbullah inisiatif Nick untuk mendokumentasikan apa yang berlaku dengan harapan masalah perdagangan haiwan ini akan dapat dikurangkan.



Setiap imej yang dirakam membawa maksud tersirat yang tertentu.













sumber
sumber

Ai Wei Wei : Mengkritik Dalam Karya


"Dress With Flowers" - Menyentuh tentang isu perhambaan seks kanak-kanak.
Artis yang dilahirkan di [1957, Beijing] China ini adalah merupakan salah seorang artis yang paling berpengaruh di tanah Besar China. Selain menjadi artis, dia juga adalah merupakan seorang arkitek, pengkritik seni, kurator, blogger dan juga bertindak sebagai aktivis kemanusiaan. Di China, individu-individu yang mengkritik kerajaan lazimnya akan ditangkap untuk disoal-siasat, maka tidak hairanlah jika Ai WeiWei sering ditangkap oleh pihak berkuasa setiap kali dia mempamerkan karyanya.

Karya-karya seni Ai WeiWei banyak menyentuh tentang masalah-masalah sosial dan korupsi-korupsi yang sering berlaku dikalangan pegawai kerajaan di China. Dan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati banyak pihak hingga menyebabkan Ai Weiwei sering ditahan. Kelantangan dan keberanian beliau dalam membahaskan sesuatu isu secara terbuka juga turut menjadi penyebab kenapa beliau menjadi artis yang paling banyak ditahan pihak berkuasa.

Pada tahun 2008, Ai Weiwei telah menghasilkan sebuah karya installasi yang diberi nama Snake Bag di Art Platform Los Angeles. Karya ini telah membuka mata banyak pihak apabila Ai Weiwei secara terbuka menyelar masalah-masalah penyelewengan yang berlaku di China.

Installasi sepanjang 55 kaki panjang ini dihasilkan dengan menggunakan beg sekolah murid-murid yang menjadi mangsa nahas gempa bumi sebuah sekolah di Sichuan,China. Imej ular  tedung adalah metafor kepada korupsi-korupsi yang menjalar dikalangan pegawai-pegawai kerajaan.


Menurut Ai Weiwei, masalah rasuah, korupsi dan penyelewengan antara  penyebab utama kematian murid-murid sekolah tersebut. Ini kerana bangunan tersebut dibina tidak mengikut spesifikasi yang diluluskan kerajaan hingga menyebabkan ianya runtuh ketika gempa bumi tersebut berlaku.Jika bangunan tersebut dibina dengan betul, kemungkinan besar murid-murid ini masih lagi hidup....

"Snake Bag" adalah merupakan luahan ketidakpuasan hati artis dalam mengenengahkan isu rasuah dan korupsi di China.

Walaupun sering dihimpit tekanan [dan pernah dipenjara] dengan pihak berkuasa tempatan, Ai Weiwei masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk menghasilkan karya yang menyentuh tentang masalah sosial. Baginya, ini adalah salah satu cara yang boleh beliau lakukan dalam menyumbang untuk negaranya.  Bagi golongan-golongan artis muda di China, Ai Weiwei adalah merupakan pemangkin kepada mereka untuk menghasilkan karya yang lebih "keras" dalam mengenengahkan sesuatu isu.

"untitled", 2008
"Bamboo with porcelain", 2008
"coca-cola"- mengenengahkan isu budaya yang semakin dilupakan dikalangan generasi muda.
Moon Chest, 2008
Grapes


"Maps Of China" - menyentuh tentang penyatuan diantara China, Tibet dan Taiwan.


"Two Legged Table", 2008

"Tate Modern"- Ai menghasilkan 100 juta benih bunga matahari [saiz dan warna sebenar] dengan menggunakan seramik yang dilukis satu-persatu. Dia membuka kilang kecil di Jingdezhen dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkannya.

Ai menjelaskan yang seramik adalah sebahagian daripada budaya China. Memilih untuk menghasilkan benih ini dengan menggunakan tangan adalah simbolik kepada usaha dan kerja keras rakyat China dalam menunjukkan kekuatan budaya mereka.


Chandelier


"Zodiac Heads"

"Forever Bicycles" menyentuh tentang langkah kerajaan dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial di China.























Saturday, 3 December 2011

Karya-karya stail Carne Griffith

" I makes my paintings with ink and tea..."



Pernah tak berlaku, karya yang korang penat-penat buat tetiba ada orang tertumpahkan air kat atas dia? Pernah? Kalau pernah, aku jamin mesti korang akan marah kan. Tapi masalah tu tak berlaku pada seorang mamat ni, sebabnya dia melukis dengan menggunakan tumpahan air kopi, teh, kicap yang sengaja ditumpahkan kat atas kertas.

Masa memula aku jumpa karya Grifith ni, aku rasa karya dia ni sama aje macam ramai artis lain. Tapi aku diyakinkan oleh seorang teman untuk melihat karya dia ni dengan lebih terperinci. Maka hasilnya tidaklah menghampakan.

Dilahirkan di Liverpool, Carne Grifith banyak menghabiskan masanya dengan melukis. Menjadi semakin serius dalam bidang seni semasa mula menuntut di Maidstone Art College pada tahun 1992 dalam bidang seni illustrasi. Pameran pertama beliau adalah pada tahun 1996 bersama-sama dengan Dan Baldwin [rakan sekelas beliau] di Islington's Candid Art Gallery. Tapi pameran solonya hanya berlaku pada tahun 2009.



Mengakui yang dia semakin jemu dengan teknik lukisan konvensional yang sekian lama dia praktikkan hinggalah berlaku peristiwa dimana air teh tertumpah diatas lukisannya. 

“I liked the effect this had on the inks I was using but decided that an alternative that wasn’t such a wasteful crime would be a better option so I started experimenting with different types of tea.”




Eksperimentasi Griffith tidak terhenti disitu, dia mula mendapatkan teknik/kaedah lain dalam mendapatkan efek warna yang dia hendak.

“If you boil red cabbage you get a nice reddish purple to paint with… if you then add lemon juice it goes crazily bright pink… if you add amonia it goes turquoise… for a while and then goes back to reddish purple.” 












sumber




Friday, 2 December 2011

Arca kuda Liu Zhan, Kuang Jun dan Tian Wei

Menghasilkan karya arca @ sculpture yang berkualiti dan ber"identiti', bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Kebarangkalian artis untuk terpengaruh dengan idea dan stail karya artis lain memang sukar nak dielakkan. Lebih-lebih lagi kalau artis tu baru nak menapak dalam dunia seni kontemporari sekarang ni. Audien akan lebih cenderung untuk membezakan karya mereka dengan karya-karya artis sebelumnya.

Berbeza dengan sekumpulan artis ni, mereka cuba mencari identiti mereka sendiri dengan hasil karya yang cukup mengkagumkan. Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang artis ni menamakan kumpulan mereka sebagai "Unmask Group". Kesemuanya berasal dari Beijing.

Menghasilkan karya arca sebegini memang cukup sukar lebih-lebih lagi material yang digunakan ialah besi.

Tidak seperti arca-arca anotomi lain, mereka lebih senang dengan menghasilkan karya arca separuh siap ni. Seninya lebih artistik. Dan stail semacam ini telah menjadi identiti kumpulan ni. Penghasilan imej yang sebahagiannya "hilang" ini menampakkan ilusi misteri dan unik.
  
Ketika ditanya mengapa karya ini tidak disiapkan/ disempurnakan sepenuhnya, Tian menjawab "Tiada benda yang sempurna didunia ni...."







"ketelitian dalam ketidaksempurnaan"

Artis agak bijak menyelesaikan masalah keseimbangan dalam arca diorang ni. 
Jujurnya aku akui yang karya sebegini memang sukar nak dihasilkan lebih-lebih lagi dengan menggunakan besi.